Monday, June 21, 2010

P@int B@ll di hujung minggu..

Pomm..pomm..pomm..Huh..So Adrenaline...aktiviti di hujung minggu @ Sg. Ramal, kajang..Setelah sekian lama nk try game nih..Finally, berjaya jugak memegang ‘senapang’ (dalam bahasa Paint Ball we called it ‘MARKER’)...

Some short briefing from ‘Marshall’ had given to us..Sure ada rules punye..Psstt..psstt..terdengar bisik-bisik kat belakang kataya “kawan aku kata kan, umpama dosa besar tau klu buka face mask nih selagi game tak abiss, DISQUALIFIED”..ouh itu macam kah?., kalau boleh bawa own face mask, i dah bawa my own face mask yang complete dengan snorkel lagi, tapi itu utk diving maaa..mau kena gelak..hoho...

15team yg ada diberi setiap Negara sempena musim WORLD CUP nih..4 persons per team..my team is GERMAN..Sebelum start game tu ada jugakla i pergi ronda2 buat short interview kat org-org yg dah penah main..GULPP..bila tengok lebam2 kat badan diorang rasa macam ‘cuak’ jugak nak masuk..tapi diorang ckp..’Ouh..sakit sedap-sedap jer..Addict main paint ball ni..klu sebulan tak kena tembak macam tak senang duduk..' Wah wah wah..kalau semangat ni di bawa ke GAZA sure tumbang puak2 ISRAEL tuh... ;)

'GAME OVER'...Huh...Interesting game..Finally, i berjaya bawa balik kesan-kesan tembakan kat anggota2 badan nih..hehe..rasakan..nak main sangat..Okeyla untuk 1st timer untuk lepaskan geram..Few lessons yang dapat dari game ni ialah BERANI, BerSTRATEGI, FOKUS, Tajamkan penglihatan,Anyway, we really enjoyed, thanks to all for ur support,sorakan & tembakan ("No coaching from outside please"..hehe)..See u in the next WAR GAME... ;) Peace..


























Tuesday, June 8, 2010

Hidup Luar Biasa~Unlock Ur potential...

‘Bagaimana anda lakukan SESUATU perkara adalah sebagaimana anda lakukan SEMUA perkara’. Itulah antara bait-bait kata dari Dr.Azizan yang sememangnya dikenali sebagai ‘Pakar perunding dan Jurulatih Potensi Diri’ menggunakan tarikh lahir...

Dikesempatan yg ada itu juga,saya turut mencuri masa memboloskan diri untuk mencedok ilmu di ‘Mini Seminar Hidup Luar Biasa’ yang berlangsung di INTEKMA, S.Alam pada 07Jun2010...Tak salah kalau kita belajar dari orang yang BERJAYA. Secara umumnya, konsep BERJAYA itu luas dan terpulang pada individu untuk mentafsirkan bentuk KEJAYAAN mereka. Namun harus diingat, untuk mencapai kejayaan kita haruslah mempunyai ILMU,MENTOR dan SISTEM yang BETUL, barulah laluannya tidak terlalu sukar serta TERANG lagi BERSULUH (betul betul)..

Full of energy...3 jam yg sangat berbaloi. Padat dan ringkas..cukup untuk membuka MINDA ribuan peserta tentang KUASA MINDA dan teknik memanfaatkannya dalam kehidupan seharian untuk mencapai apa yg kita inginkan dalam hidup. Kita tak perlu untuk terlalu PERCAYA tetapi LAKUKAN sahaja. Pasti akan dapat hasilnya. InsyaAllah akan saya praktikkan. Saya takkan PERCAYA apa yg Dr cakap tapi saya pasti BUAT je..
'Saya Hidup Luar Biasa'.. Amin...

Luar biasa BAHAGIA
Luar biasa SIHAT
Luar biasa KAYA
Luar biasa BERJAYA
Luar biasa keBERKATan
Amiiinnn...

Sunday, June 6, 2010

Israel Makin Melampau..

Subhanallah..Dunia dikejutkan dengan kisah serangan Israel terhadap kapal Mavi Marmara pada 31Mei yg lalu.Memang sudah dikenali dengan tagline 'kekejaman dan kezaliman', puak Israel ini tanpa ada belas kasihan menawan dan membunuh sukarelawan yang berkunjung ke Gaza. Sungguh tidak masuk akal di mana pihak CNN telah memutarbelitkan kenyataan sebenar yg mengatakan kapal tersebut sarat dengan senjata, namun hakikatnya jelas tujuan kapal ini berkunjung ke Gaza dengan misi kemanusian dimana bukti-bukti yg ada kapal tersebut turut membawa sekecil manusia berusia 2bulan dan setua manusia berumur 86thn..Alhamdulillah 12 aktivis Malaysia yg berada di dalam kapal tersebut selamat dengan izin Allah..
Namun saya begitu kagum dengan semangat berani mereka menyertai misi kemanusiaan dan sanggup menghadapi sebarang risiko yg ada dengan niat membantu saudara seislam kita yg hidup dalam kesengsaraan.

Malam tadi sempat saya menonton TV1 mendengar perkongsian cerita secara langsung dari kesemua aktivis kita yg melalui detik2 kesengsaraan berada dalam tawanan tentera Israel..Namun saya terpana dgn kata-kata dari Noorazman selaku Ketua Misi iaitu dengan rendah hati beliau berkata, “Kami Bukan Wira Tetapi Andalah Wira Yang Sebenar yang mana telah mendoakan keselamatan kami”.Bait2 ayat yg keluar dari mulut meraka tak jemu2 menyebut nama Allah..sejuk telinga mendengarnya..malah sekiranya ada sebarang kematian ketika itu, jauh disudut hati mereka berasa rugi kerana mereka tidak tergolong dalam golongan syahid itu..

Walau apa pun berlaku, semangat kemanusiaan ini akan terus membara dan Kapal Rachel Corrie milik Tun Mahathir telah melakukan pelayaran menyambung misi mereka. Namun perkara yg sama berlaku, Rachel Corrie turut ditawan Israel namun tiada pertumpahan darah berlaku..6orang rakyat Malaysia yg menyertai misi tersebut selamat..Alhamdulillah..
Jadi, apa peranan kita dalam isu ini ? Adakah memadai kita hanya sekadar melihat dan mendengar berita, lalu berkata. "Kesian..".Tapi, saya pasti melakukan lebih dari itu. Kita boleh menyumbang dengan doa, solat hajat, boikot produk Israel dan sebagainya. Ayuh rakyat Malaysia bersama kita lakukan apa yg termampu serta doakan keselamatan dan kesejahteraan Rakyat Islam yg ditindas oleh rejim Zionis... Allahhu Akbar..



















Tuesday, June 1, 2010

Manusia Makhluk paling HEBAT...


Really inspiring me...'Nick Vujicic' insan istimewa ciptaan Allah ini mampu menjalani kehidupan seharian tanpa sekelumit rasa mengalah dan putus asa..Sungguh tidak wajar bagi kita yg lengkap fizikal untuk ada rasa keluh kesah dan tidak bersyukur dgn kurniaan Allah kepada kita...Namun..kenapa harus pasrah dan mengalah..Teruskan perjalanan hidup ini dan sentiasa sabar dan tabah mengharungi Cabaran,Dugaan,Rintangan,Halangan yang pasti ada..Manusia Makhluk Paling Hebat..Jangan kalah dengan EMOSI kerana kita punya AKAL dan pegangan...sentiasa BERDOA dan mohon pada MAHA PENCIPTA...InsyaAllah..