Sunday, June 6, 2010

Israel Makin Melampau..

Subhanallah..Dunia dikejutkan dengan kisah serangan Israel terhadap kapal Mavi Marmara pada 31Mei yg lalu.Memang sudah dikenali dengan tagline 'kekejaman dan kezaliman', puak Israel ini tanpa ada belas kasihan menawan dan membunuh sukarelawan yang berkunjung ke Gaza. Sungguh tidak masuk akal di mana pihak CNN telah memutarbelitkan kenyataan sebenar yg mengatakan kapal tersebut sarat dengan senjata, namun hakikatnya jelas tujuan kapal ini berkunjung ke Gaza dengan misi kemanusian dimana bukti-bukti yg ada kapal tersebut turut membawa sekecil manusia berusia 2bulan dan setua manusia berumur 86thn..Alhamdulillah 12 aktivis Malaysia yg berada di dalam kapal tersebut selamat dengan izin Allah..
Namun saya begitu kagum dengan semangat berani mereka menyertai misi kemanusiaan dan sanggup menghadapi sebarang risiko yg ada dengan niat membantu saudara seislam kita yg hidup dalam kesengsaraan.

Malam tadi sempat saya menonton TV1 mendengar perkongsian cerita secara langsung dari kesemua aktivis kita yg melalui detik2 kesengsaraan berada dalam tawanan tentera Israel..Namun saya terpana dgn kata-kata dari Noorazman selaku Ketua Misi iaitu dengan rendah hati beliau berkata, “Kami Bukan Wira Tetapi Andalah Wira Yang Sebenar yang mana telah mendoakan keselamatan kami”.Bait2 ayat yg keluar dari mulut meraka tak jemu2 menyebut nama Allah..sejuk telinga mendengarnya..malah sekiranya ada sebarang kematian ketika itu, jauh disudut hati mereka berasa rugi kerana mereka tidak tergolong dalam golongan syahid itu..

Walau apa pun berlaku, semangat kemanusiaan ini akan terus membara dan Kapal Rachel Corrie milik Tun Mahathir telah melakukan pelayaran menyambung misi mereka. Namun perkara yg sama berlaku, Rachel Corrie turut ditawan Israel namun tiada pertumpahan darah berlaku..6orang rakyat Malaysia yg menyertai misi tersebut selamat..Alhamdulillah..
Jadi, apa peranan kita dalam isu ini ? Adakah memadai kita hanya sekadar melihat dan mendengar berita, lalu berkata. "Kesian..".Tapi, saya pasti melakukan lebih dari itu. Kita boleh menyumbang dengan doa, solat hajat, boikot produk Israel dan sebagainya. Ayuh rakyat Malaysia bersama kita lakukan apa yg termampu serta doakan keselamatan dan kesejahteraan Rakyat Islam yg ditindas oleh rejim Zionis... Allahhu Akbar..



















No comments:

Post a Comment