Sunday, May 1, 2011
Tuesday, August 17, 2010
Petua Murah Rezeki
1. Patuh perintah Allah
2. Bermunajat di malam hari
3. Doakan ibu bapa kita
4. Solat taubat & Istighfar
5. Solat dhuha & isyra'
6. Tinggikan tawakkal kepada Allah (tempat tawakal adalah selepas berusaha)
7. Banyakkan sedekah (what u give u get back)
8. Bantu orang-orang susah
9. Beri binatang makan
10. Banyak bersangka baik dengan orang lain
11. Pegi umrah & haji (bagi yang berkemampuan)
12. Amalkan baca surah Al-Waqiah & Al-Kauthar & ayat Seribu Dinar & zikir Al-Razak
13. Jalinkan silaturrahim
14. Berkahwin
**InsyaAllah..mari kita amalkan bersama moga dapat syafaat dariNya...
Sunday, August 15, 2010
Program Bakti Budi di Madrasah Damai Anak-anak Yatim, Kuang...
Alhamdulillah..Selesai sudah Program abang&kakak angkat bersama anak-anak yatim di Madrasah Kompleks Damai Kuang, Selangor yg telah lama ditunggu-tunggu..Pelbagai perasaan bercampur baur sebelum program bermula...Bersengkang mata menyediakan sumbangan untuk mereka..Terima kasih kepada yang sudi menghulurkan bantuan..Tak sabar dan terasa sayu untuk bertemu mata dengan adik2 di sini..namun bila menjejakkan kaki di sini dan bertemu mata dengan adik-adik disini...keceriaan yang terpancar di wajah mereka menyambut kehadiran kami ternyata menunjukkan ukhuwah yang terjalin sesama mereka dan perlindungan dan kehidupan mereka disini cukup terjaga..
Segala aktiviti berjalan dengan lancar walaupun di bulan puasa..Bermula dengan solat zohor berjemaah sehingga bertarawikh bersama..Masa bersama kamu semua amat berharga dan dapat menyelami bagaimana kehidupan di rumah bakti ini alhamdulillah dapat dimanfaatkan sebaik mungkin..InsyaAllah..doakan supaya kami pasti akan berkunjung lagi ke sana...Semoga ukhuwah yang terjalin berkekalan..InsyaAllah..
Semoga dengan kehadiran & kata-kata semangat & doa dari kakak & abang angkat kamu ini dapat memberikan aspirasi untuk adik-adik terus mara menjalani hidup dan kecapi kejayaan dunia & akhirat...Semoga Allah merahmati kita semua..Amiiin..
Wednesday, August 11, 2010
Kelebihan Solat Sunat Terawikh
Oleh itu, rugi bagi sesiapa yang tidak mengambil peluang utk menfaatkan bulan Ramadhan ini sebaik mungkin..Dikesempatan ini juga saya kongsi bersama Fadhilat (kelebihan) sembahyang sunat terawikh pada bulan Ramadhan ini:
Malam 1
Keluar dosa dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.
Malam 2
Di ampunkan dosa dosa orang mukmin yang sembahyang terawikh serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).
Malam 3
Berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawikh terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.
Malam 4
Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang orang yang membaca kitab kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al Quran.
Malam 5
Allah kurniakan baginya pahala orang orang yang bersembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjid Aqsa.
Malam 6
Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat batu dan tanah tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih pada malam ini.
Malam 7
Seolah-olah ia mendapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam menentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.
Malam 8
Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawikh sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim “Alaihissalam.
Malam 9
Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.
Malam 10
Allah Subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan didunia dan di akhirat.
Malam 11
Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baru dilahirkan.
Malam 12
Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).
Malam 13
Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.
Malam 14
Datang Malaikat menyaksikan ia bersembayang terawikh, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.
Malam 15
Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
Malam 16
Allah Subhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.
Malam 17
Allah kurniakan orang yang berterawikh pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-nabi.
Malam 18
Seru Malaikat: Hai! Hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati).
Malam 19
Allah Subhanahuwata’ala tinggikan darjatnya didalam Syurga Firdaus.
Malam 20
Allah kurniakan kepadanya pahala sekian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.
Malam 21
Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.
Malam 22
Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Mahsyar).
Malam 23
Allah Subhanahuwata’ala binakan kepadanya sebuah bandar didlam syurga daripada nur.
Malam 24
Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawikh malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).
Malam 25
Allah Taala angkatkan daripadanya siksa kubur.
Malam 26
Allah kurniakan kepada orang berterawikh pahala pada malam ini seumpama 40 tahun beribadat.
Malam 27
Allah kurniakan orang berterawikh pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotulmustaqim seperti kilat menyambar.
Malam 28
Allah Subhanahuwata’ala kurniakan kepadanya 1000 darjat diakhirat.
Malam 29
Allah Subhanahuwata’ala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.
Malam 30
Allah Subhanahuwata’ala beri penghormatan kepada orang berterawikh pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman: “Hai hambaku: Makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan didalam syurga, dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammada S.A.W. yang bernama ‘Al-Kauthar’”.
Monday, July 12, 2010
Shakira 'vs' Paul the Octopus
But you've got it all..Believe it..
When you fall get up..Oh oh...
And if you fall get up.Oh oh...
Tsamina mina..Zangalewa.
Cuz this is Africa..
Tsamina mina eh eh..
Waka Waka eh eh..
Tsamina mina zangalewa
This time for Africa
Today's your day..I feel it..
You paved the way..Believe it...
If you get down..
Get up Oh oh...
When you get down...
Get up eh eh...
Tsamina mina zangalewa..
Anawa aa..
This time for Africa.."
Thursday, July 1, 2010
Monday, June 21, 2010
P@int B@ll di hujung minggu..
Tuesday, June 8, 2010
Hidup Luar Biasa~Unlock Ur potential...
Dikesempatan yg ada itu juga,saya turut mencuri masa memboloskan diri untuk mencedok ilmu di ‘Mini Seminar Hidup Luar Biasa’ yang berlangsung di INTEKMA, S.Alam pada 07Jun2010...Tak salah kalau kita belajar dari orang yang BERJAYA. Secara umumnya, konsep BERJAYA itu luas dan terpulang pada individu untuk mentafsirkan bentuk KEJAYAAN mereka. Namun harus diingat, untuk mencapai kejayaan kita haruslah mempunyai ILMU,MENTOR dan SISTEM yang BETUL, barulah laluannya tidak terlalu sukar serta TERANG lagi BERSULUH (betul betul)..
Full of energy...3 jam yg sangat berbaloi. Padat dan ringkas..cukup untuk membuka MINDA ribuan peserta tentang KUASA MINDA dan teknik memanfaatkannya dalam kehidupan seharian untuk mencapai apa yg kita inginkan dalam hidup. Kita tak perlu untuk terlalu PERCAYA tetapi LAKUKAN sahaja. Pasti akan dapat hasilnya. InsyaAllah akan saya praktikkan. Saya takkan PERCAYA apa yg Dr cakap tapi saya pasti BUAT je..
Sunday, June 6, 2010
Israel Makin Melampau..
terhadap kapal Mavi Marmara pada 31Mei yg lalu.Memang sudah dikenali dengan tagline 'kekejaman dan kezaliman', puak Israel ini tanpa ada belas kasihan menawan dan membunuh sukarelawan yang berkunjung ke Gaza. Sungguh tidak masuk akal di mana pihak CNN telah memutarbelitkan kenyataan sebenar yg mengatakan kapal tersebut sarat dengan senjata, namun hakikatnya jelas tujuan kapal ini berkunjung ke Gaza dengan misi kemanusian dimana bukti-bukti yg ada kapal tersebut turut membawa sekecil manusia berusia 2bulan dan setua manusia berumur 86thn..Alhamdulillah 12 aktivis Malaysia yg berada di dalam kapal tersebut selamat dengan izin Allah..Namun saya begitu kagum dengan semangat berani mereka menyertai misi kemanusiaan dan sanggup menghadapi sebarang risiko yg ada dengan niat membantu saudara seislam kita yg hidup dalam kesengsaraan.

Malam tadi sempat saya menonton TV1 mendengar perkongsian cerita secara langsung dari kesemua aktivis kita yg melalui detik2 kesengsaraan berada dalam tawanan tentera Israel..Namun saya terpana dgn kata-kata dari Noorazman selaku Ketua Misi iaitu dengan rendah hati beliau berkata, “Kami Bukan Wira Tetapi Andalah Wira Yang Sebenar yang mana telah mendoakan keselamatan kami”.Bait2 ayat yg keluar dari mulut meraka tak jemu2 menyebut nama Allah..sejuk telinga mendengarnya..malah sekiranya ada sebarang kematian ketika itu, jauh disudut hati mereka berasa rugi kerana mereka tidak tergolong dalam golongan syahid itu..
Walau apa pun berlaku, semangat kemanusiaan ini akan terus membara dan Kapal Rachel Corrie milik Tun Mahathir telah melakukan pelayaran menyambung misi mereka. Namun perkara yg sama berlaku, Rachel Corrie turut ditawan Israel namun tiada pertumpahan darah berlaku..6orang rakyat Malaysia yg menyertai misi tersebut selamat..Alhamdulillah..
Jadi, apa peranan kita dalam isu ini ? Adakah memadai kita hanya sekadar melihat dan mendengar berita, lalu berkata. "Kesian..".Tapi, saya pasti melakukan lebih dari itu. Kita boleh menyumbang dengan doa, solat hajat, boikot produk Israel dan sebagainya. Ayuh rakyat Malaysia bersama kita lakukan apa yg termampu serta doakan keselamatan dan kesejahteraan Rakyat Islam yg ditindas oleh rejim Zionis... Allahhu Akbar..



Tuesday, June 1, 2010
Manusia Makhluk paling HEBAT...
Friday, May 28, 2010
Perjalanan Salmon yang menakjubkan
Sesuatu yang tidak pernah terjangkau dalam fikiran kita..selama ni apa yg kita cuma ambil tau mengenai khasiatnya shj..tapi kalau di pandang dari sudut lain pula.. Kisah Perjuangan hidup si Ikan Salmon ini amat mengagumkan dan agak menarik untuk dikongsi bersama sebagai inspirasi kita menjalani kehidupan harian... Salmon adalah sejenis ikan laut yang hidup di perairan pasifik yang sangat luas. Namun hakikatnya, Salmon lahir diperairan air tawar, berhijrah ke lautan lalu kembali ke air tawar untuk bertelur.
Di antara ribuan telur yang dihasilkan oleh ikan Salmon, hanya sekitar separuhnya yang menetas. Benih ikan Salmon yang masih kecil ini hidup di dasar sungai yang berkerikil dengan memakan plankton. Salmon kecil menghabiskan waktunya selama 1 tahun di hulu sungai. Hingga akhirnya tubuh ikan salmon mula kuat dan siap untuk berenang, maka ikan salmon yang membentuk kumpulan dan akan berenang menuju laut Samudra Pasifik yang sangat luas..
Sesungguhnya Tuhan telah memberikan kemampuan khusus pada indera penciuman mereka. Bagi manusia tidak ada bezanya air sungai satu dengan yang lain, tetapi itu tidak berlaku bagi ikan salmon karena mereka mampu mencium aroma air sungai yang telah lama mereka tinggalkan.Salmon melakukan perjalanan pulang yang berlawanan arus deras demi bertelur di tempat kelahirannya. Ikan salmon harus melakukan loncatan saat melewati tempat arus sungai yang lebih tinggi dan juga harus merangkak di air yang dangkal demi untuk kembali ke daerah asalnya. Inilah yang merupakan keunikan ikan salmon.
Setelah mangharungi perjalanan yang sangat jauh selama berbulan-bulan tanpa makan, akhirnya mereka yang mampu bertahan hidup tiba ditempat dimana mereka dilahirkan! Perjalanan belum berakhir sampai disini, mereka masih harus menyelesaikan tugas terakhir mereka, iaitu menetaskan telur mereka. Setelah telur menetas, adalah saat terakhir bagi sang induk untuk menikmati indahnya tempat kelahirannya, mereka akan mati karena kehabisan tenaga selama perjalanan pulang. Namun begitu kematian ikan Salmon ini juga adalah bukan suatu yg sia-sia kerana bangkainya itu turut menjadi plankton iaitu makan kepada generasi kelahirannya yg sudah ditinggalkan..Mati meninggalkan jasa..
Subhanallah..Ini menunjukkan bahawa ikan Salmon adalah makhluk yang diciptakan-Nya khusus untuk melakukan perjalanan yang menakjubkan yang penuh dengan perjuangan dan rintangan ini.Terlalu banyak pengajaran yang boleh di ambil dari kisah perjalanan ikan Salmon ini..Turut terkandung semangat juang untuk terus hidup,kegigihan serta pantang menyerah.Sedikit sebanyak ianya boleh memberi inspirasi kita untuk tetap berjuang dalam hidup ini dan tak lupa akan kuasa Allah...InsyaAllah...
Saturday, May 1, 2010
Labour Day @ JB

Alhamdulillah..selesai..wahh..licin..2 milo tarik & 2 set kacang pool..hurm..i wish to get the recipe..Cara makan camtu la..terpulang ikut keselesaan masing2..nak duduk berdiri sumer boleh..tapi agak kurang sopan kalu berdiri kerana meja makan disediakan.. ;)
After lunch...we went to Club House ~ Gallery Marina Promenade.Tempat ni agak jauh dari JB..Memandangkan Cuti Labour Day ni (Hari Pekerja) jalan raya agak tenang. We just cuci-cuci mata melihat apa yang ada disini dengan perut kekenyangan ..Wahh..Jom ambil aura dulu kat club house ni..Tenang-tenangkan fikiran, just imagine kalau ada bot sendiri & park kat sini, best juga kan..Hurmm..mudah-mudahan dreams come true...who knows??insyaAllah..























